Home   Note   BM   Karangan: Ibu saya / Orang yang saya sayangi atau hormati atau sanjungi atau segani

Karangan: Ibu saya / Orang yang saya sayangi atau hormati atau sanjungi atau segani

Sejak saat saya dilahirkan, saya telah merasai belaian daripada seseorang yang sangat berjasa pada saya. Beliau bagaikan mutiara dalam hidup saya. Perasaan suka dan duka kami lalui bersama-sama. Orang yang dimaksudkan ialah ibu saya.

Ibu saya bernama Tan Ling Mei. Beliau dilahirkan pada 10 Mei 1956. Beliau seorang suri rumah tangga yang paling bertanggungjawab bagi saya. Setiap pagi, ibu saya menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga. Masakannya sungguh enak. Sebelum pergi ke sekolah,ibu saya akan mencium pipi dan memeluk saya dengan suka hati. Beliau selalu mengingatkan saya agar rajin belajar.

Beliau ialah seorang pelajar yang berjaya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Methodist. Beliau juga berpeluang pergi ke Australia setelah berjaya dalam peperiksaan STPMnya. Beliau sentiasa menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh.

Saya masih ingat ketika saya berumur tujuh tahun. Ketika saya bermain di jalan depan rumah, tiba-tiba sebuah kereta dipandu dengan laju menuju ke arah saya. Saya hampir-hampir dilanggar olehnya, mujur ibu saya sempat menyelamatkan saya daripada bahaya. Saya tersentuh dengan keberanian ibu yang sanggup mengorbankan nyawanya demi keselamatan saya.

Bagi saya, ibu ialah insan yang paling mulia dalam hidup saya. Beliau menjaga saya seperti menatang minyak yang penuh. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya apabila saya dewasa nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.